30 September 2009

Plain Jane - Nurul Syahida

SINOPSIS

Maksud saya, kawan2 Ana terdiri daripada gadis2 yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.


Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.


Kadang-kadang kita perlukan drama dalamhidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!


Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.


Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.

------------------------------
Seorg guru pernah memberitahuku. "Tulislah apa yg kamu tahu." Aku tahu perasaan menjadi gadis yag tidak punya apa-apa kelebihan menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara org lain mendapat tumpuan. Aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorg Plain Jane. Namun aku bertuah kerana mempunyai keluarga yg memahami kamhuanku dan mempunyai teman2 karib yg sanggup meredah api utkku. Aku juga tahu bagaimana rasanya tiba2 mendapat sesuatu yang hanya wujud dlm mimpi. Dan aku mahu berkongsi apa yg aku tahu dgn beribu org lagi yg mungkin berkongsi rasa yg sama. Novel ini buat Tn. Haji Kamarudin dan Puan Latipah; satu2nya pasangan suami isteri yang masih menggunakan komik, hikayat rakyat dan cerita seram utk memupuk minat membaca anak-anaknya.
~Nurul Syahida~


FrOm Me

Aku dah baca cerita ni lebih dari 5 kali.. Kira masuk kategori sangat suker ler ni..

Citer Plain Jane ni sangat mirip dengan kehidupan sebenar pompuan-pompuan yang pada diri mereka tidak ada banyak kelebihan. Lebih banyak kekurangan.

Sangat mirip dengan kisah hidup aku jugak, mungkin sebab tu aku sangat suker citer ni.

Kehidupan Siti Nurbalkis (dieja guna huruf K bukan Q) pada zaman belajar di IPT. Merupakan pelajar wanita yang biasa-biasa saja. Smpi la satu hari dia dipikat oleh seorang lelaki yang hensem maut dan serba-serbi perfect.

Aku bila tiba part lelaki hensem ni.. mula ler aku terbayang hero ala-ala Kim Hyun Joong SS501. Tak pun pelakon Zahiril Adzim.. dia tu pun selalu laa jadi hero bayangan aku tiap kali baca novel.

Bila Zaniel muncul dalam hidup Kis, sikit demi sikit kehidupan plain jane dia tu berubah. Tp aku akui, kalau pompuan ni tiba-tiba dalam hidup dia ada somebody special.. benda-benda lain, sahabat ke.. family ke.. hape ke... semua tolak tepi.

Apa pun, buku ni memang best. I bagi full star hokay..


(*****/*****)

No comments:

Post a Comment