30 September 2009

Plain Jane - Nurul Syahida

SINOPSIS

Maksud saya, kawan2 Ana terdiri daripada gadis2 yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.


Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.


Kadang-kadang kita perlukan drama dalamhidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!


Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.


Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.

------------------------------
Seorg guru pernah memberitahuku. "Tulislah apa yg kamu tahu." Aku tahu perasaan menjadi gadis yag tidak punya apa-apa kelebihan menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara org lain mendapat tumpuan. Aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorg Plain Jane. Namun aku bertuah kerana mempunyai keluarga yg memahami kamhuanku dan mempunyai teman2 karib yg sanggup meredah api utkku. Aku juga tahu bagaimana rasanya tiba2 mendapat sesuatu yang hanya wujud dlm mimpi. Dan aku mahu berkongsi apa yg aku tahu dgn beribu org lagi yg mungkin berkongsi rasa yg sama. Novel ini buat Tn. Haji Kamarudin dan Puan Latipah; satu2nya pasangan suami isteri yang masih menggunakan komik, hikayat rakyat dan cerita seram utk memupuk minat membaca anak-anaknya.
~Nurul Syahida~


FrOm Me

Aku dah baca cerita ni lebih dari 5 kali.. Kira masuk kategori sangat suker ler ni..

Citer Plain Jane ni sangat mirip dengan kehidupan sebenar pompuan-pompuan yang pada diri mereka tidak ada banyak kelebihan. Lebih banyak kekurangan.

Sangat mirip dengan kisah hidup aku jugak, mungkin sebab tu aku sangat suker citer ni.

Kehidupan Siti Nurbalkis (dieja guna huruf K bukan Q) pada zaman belajar di IPT. Merupakan pelajar wanita yang biasa-biasa saja. Smpi la satu hari dia dipikat oleh seorang lelaki yang hensem maut dan serba-serbi perfect.

Aku bila tiba part lelaki hensem ni.. mula ler aku terbayang hero ala-ala Kim Hyun Joong SS501. Tak pun pelakon Zahiril Adzim.. dia tu pun selalu laa jadi hero bayangan aku tiap kali baca novel.

Bila Zaniel muncul dalam hidup Kis, sikit demi sikit kehidupan plain jane dia tu berubah. Tp aku akui, kalau pompuan ni tiba-tiba dalam hidup dia ada somebody special.. benda-benda lain, sahabat ke.. family ke.. hape ke... semua tolak tepi.

Apa pun, buku ni memang best. I bagi full star hokay..


(*****/*****)

06 April 2009

Untuk Tiga Hari - Ahadiat Akashah

SINOPSIS

"UNTUK TIGA HARI..."
Angguk!
"Awak janji?!"
Angguk. "Saya janji!"
"Walau apa pun yang akan terjadi?"
"Saya janji dan saya nekad... semuanya hanya untuk tiga hari..."
Semakin teguh jari-jemari itu bersatu, seteguh janji yang mereka hamparkan. Walaupun hakikatnya, jiwa masing-masing hancur luluh, dan sesungguhnya janji yang mereka semai hari ini menuntut pengorbanan yang maha besar... dan mereka akan melaksanakannya....
Biar apa pun! Walaupun terpaksa kehilangan mentari, melupuskan bulan, menghindarkan bintang-bintang yang berkelipan. Kerana, mereka tahu, cinta mereka mampu untuk menghiasi langit hati yang suram dan sepi. Hanya cinta mereka! Dua hati yang dijadikan satu.
Mata bertentangan, sepi, walaupun sinar cinta masih utuh di birainya, namun ia redup dikaburi hakikat yang bakal ditempuhi....

(gigih taw... sinopsis di atas adalah aku sendiri yg taip dari buku)




FrOm Me


Kali ni siyes, pas baca aku terus campak buku ni ke lantai.. bukan sebab tak best tau. Jalan citer nyer best, tapi aku tak puas hati ending cam tak abih. Agak nyer buku ni ada sequel.. dan aku sangat-sangat mengharapkan sequel. Spt biasa garapan Ahadiat Akashah mesti ada banyak hero & heroin. Dah tu kepentingan sumer mike-mike tu hampir nak sama balance.

Citer utama nyer pasal sepasang kapel ni, tiba2 kena kahwin ngn orang lain. Pastu sebelum kahwin depa sama depa janji lepas 3 hari nak mintak cerai dari pasangan masing-masing. Eeee.. cam tak logik je kan 3 hari. Mana nak cukup. Penat kenduri pun tak abih lagi. Tp Ahadiat as a writer, sukahati dia laa kan nak bape hari pun.

Seperti biasa watak hero2 dan heroin2 dlm citer ni, mmg maha perfect serba-serbi. Pastu ada watak selingan cam Balqis, Rudy, Remy, Awie, yang aku tak pasti apa fungsi depa ni dalam novel ni. Dah laaa kisah depa ni takde penamat. Membuatkan aku yakin buku ni ada sequel.

Oooo.. ada satu lagi citer yg melampau sangat war-war nyer. Mak si hero no.1, ada rumah sewa 800 pintu. Pertama kali i dengar you.. 80 pintu pun aku susah nak percaya.. ni kan pulak 800 pintu. Tak masuk kedai2 lagi. Cam melampau kaya kalah Lim Goh Tong pulak.

Ending.. satu selamat.. satu tak selamat... hehehehehe... apa2 pun, aku tetap akan terus membaca cetusan ilham Ahadiat Akashah. Sebab bagi aku cara dia gambarkan 2 org di alam percintaan tu real !!! sangat romantik tau... ada ke lagi kapel2 kat Malaysia ni mengamalkan budaya kapel Islamiyah 100%. 30% pun payah nak cari dah skang ni.

(***/*****)
.
.
.





02 April 2009

Pilot Cafe - Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman




SINOPSIS

Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik.
Kehidupan ini bermula di mana-mana. . .
tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. . .
dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe. . .
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci.
Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini

FrOm Me

Novel Duet.. makna nyer ada 2 orang yang sama-sama tulis novel ni. Susah tu & no wonder novel ni ambik masa nak disiapkan.

Kisah nyer pasal Maya yang peknen anak luar nikah lari dari umah dan berjumpa dengan pemilik Pilot Cafe yang maha hensem perfect serba-serbi. Ada ek org handsome maut camni. Aku lum pernah jumpa lagi, so tak leh nak imagine berapa tahap kehenseman Ameer ni.

Bagi aku, cara Ameer treat Maya ni adalah sangat-sangat romantik.. dan hape laa yang si Maya ni kemarukkan sangat si Rashid tu. Kalau aku, ala2 kali ke dua g makan tu konpem dah fall in love punya la.

Novel ni ada 2 bahagian.. Bahagian I, citer pasal kehidupan Maya mostly. Bahagian II lak pasal past time si Ameer serta ending citer ni. Masa ni muncul laa watak Sharmila yang cantik tahap dewa punya. Also, i cannot imagine that... Realiti kehidupan pilot dan cabin crew. Kat bahagian ni diceritakan kenapa si Ameer ni resign jadi pilot dan seterusnya membuka Pilot Cafe.

Ending... I HATE THIS PART !! tapi dah jadi brand Ahadiat Akshah, selalu nyer, ending tak seperti yang kita harapkan dan mengejutkan. Paling heran sekali, ending nyer adalah mengenai orang lain.

Citer ni rupanya ada sambungan.. baru aku tahu. Nasib baik malam ni surfing2 net, jumpa ada insan ni nak jual as 2nd hand item. I like.. so, tgu ler mgu depan apa citer novel sambungan Pilot Cafe ni.

(***/*****)
.
.
.